PRASEKOLAH DIDIK KU SAYANG

PRASEKOLAH DIDIK KU SAYANG

Friday, June 5, 2009

KENANGAN PRASEKOLAH DIDIK KU SAYANG 1 TAHUN 2008

Berdiri Dari Kiri :
Fitri, Thawat, Khalid, Maizatul, Fadzliana, Che, Aina, Linda, Nasril, Hafis, Aiman.
Duduk Dari Kiri :
Putri, Charen, Shajiri, Anas, Syafikah
PPM : Cik Yusnizazura
Guru : Puan Farzana Majidah

Thursday, June 4, 2009

GOTONG-ROYONG BERSAMA IBUBAPA MEMBERSIHKAN KAWASAN PRASEKOLAH

Kerjasama dan hubungan yang erat antara ibubapa dan guru Prasekolah Didik Ku Sayang semakin utuh dengan adanya program-program yang diatur bersama dengan satu tujuan yang sama iaitu bagi menghasilkan sebuah persekitaran kelas yang kondusif untuk murid-murid selesa dan berminat untuk belajar.








Program gotong-royong ini telah mendapat sokongan yang menggalakkan. Walaupun kebanyakkannya adalah kaum ibu tetapi mereka tetap mengerah tenaga yang tidak seberapa untuk sama-sama menceriakan kembali persekitaran taman permainan di prasekolah ini. Hasilnya amatlah membanggakan.









Selain itu, mereka juga tidak lokek untuk membawa juadah untuk dikongsikan bersama semua yang hadir. Tidak kurang juga yang membantu memasak di dapur bagi menyediakan juadah yang lazat. Anak-anak juga turut sibukkan diri mengemas dalam kelas mereka.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu-ibu yang sudi hadir menabur bakti yang tidak ternilai. Semoga apa yang kita usahakan mendapat pulangan yang cukup setimpal dengan kejayaan anak-anak kita dari Allah SWT.

Wednesday, June 3, 2009

AKTIVITI SEHARIAN DI PRASEKOLAH

RUTIN
Murid berbaris, menyanyi lagu Negara Ku, bacaan doa, pemeriksaan kebersihan dan kesihatan, memeriksa kedatangan, perbualan pagi mengenai tarikh, hari, cuaca dan masa, kemudian murid beratur untuk mengambil juadah sarapan pagi. Murid duduk dengan tertib dan membaca doa bersama-sama.






PERBUALAN PAGI/CIRCLE TIME
Murid duduk dalam barisan atau bulatan dan berbual bersama guru mengenai tema pembelajaran pada hari tersebut. Guru menggalakkan murid untuk bercakap, bertanya, bercerita dan berimaginasi.







PERKEMBANGAN FIZIKAL
Aktiviti Kelas bagi meningkatkan perkembangan motokasar dan motohalus. Guru menggalakkan murid menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan.







AKTIVITI KELAS
Murid menjalankan aktiviti yang telah dirancang oleh guru secara individu atau berkumpulan. Ianya bagi meningkatkan perkembangan Bahasa & Komunikasi, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Sosioemosi dan Perkembangan Kreativiti & Estetika.








KUDAPAN
Murid beratur untuk menikmati kudapan, membaca doa, mengosok gigi, rehat, membaca buku, mendengar muzik da sebagainya



AKTIVITI KUMPULAN
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan masing-masing. Satu hasil kerja bagi setiap kumpulan akan terhasil pada akhir aktiviti.Murid-murid akan belajar bekerjasama bagi melaksanakan tugasan yang diberi berdasarkan kesepaduan antara 6 Komponen Pembelajaran termasuk ICT.








AKTIVITI PENAMAT
Guru dan murid sama-sama membuat ulasan hasil pembelajaran pada hari tersebut. Guru menunjukkan hasil kerja murid yang telah dihasilkan. Penilaian dibuat bersama-sama murid. Murid beratur, menyanyi dan bersalam dengan guru seterusnya pulang.







LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO TAIPING, PERAK

Pada hari Sabtu iaitu 16 Mei 2009, Prasekolah Didik Ku Sayang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Taiping, Perak. Lawatan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak murid dan juga ibubapa. Kurang lebih 80 orang peserta yang telah menyertai lawatan ini.





Perjalanan dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan tiba di Zoo Taiping pada pukul 12.00 tengahari. Setelah semua murid puas meneroka serta mempelajari tentang kehidupan fauna, semua peserta bertolak ke Taman Tasik Taiping untuk berkelah sambil menjamu selera dan menikmati keindahan flora serta pemandangan yang mengasyikkan. Perjalanan pulang bermula pada pukul 4.00 petang dan selamat sampai ke perkarangan Sekolah Kebangsaan Arau, Perlis pada pukul 9.00 malam.






Lawatan ini dilihat sangat berjaya kerana berjaya mengembangkan lagi pengalaman sedia ada murid serta memberikan mereka suatu pengalaman baru yang sukar dilupakan. Murid-murid juga sekaligus belajar untuk mengenali dunia luar selain kawasan rumah dan persekitaran sekolah sahaja. Ini membolehkan mereka untuk lebih bersikap berdikari dan mempunyai rasa yakin diri yang positif.






Kanak-kanak juga seronok meneroka dunia flora dan fauna yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Walaupun letih dengan telatah dan karenah mereka tetapi objektif lawatan ini dilaksanakan telahpun tercapai dengan jayanya.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini, terutamanya pihak pentadbiran SK Arau, Tuan Haji Adanan, Guru Besar SK Arau, Cikgu Hashim selaku Penyelaras Prasekolah SK Arau, pihak JPN Perlis, khasnya Tuan Haji Saad, Encik Nizam, Unit Perhubungan, Unit Pentadbiran, guru-guru prasekolah, PPM, orang-orang perseorangan dan sesiapa sahaja yang terlibat. Segala jasa baik Tuan/Puan amatlah dihargai. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Terima Kasih......

VISI

Melahirkan kanak-kanak Prasekolah Didik Ku Sayang sebagai insan yang intelektual dalam alam persekitaran yang kondusif untuk mendorong perkembangan kanak-kanak secara bersepadu dan seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.













Tuesday, June 2, 2009

MOTTO











Anak Intelek Harapan Agama, Bangsa dan Negara

MISI

Merealisasikan satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka dengan pendekatan Belajar Melalui Bermain dan Bertema.