PRASEKOLAH DIDIK KU SAYANG

PRASEKOLAH DIDIK KU SAYANG

Wednesday, June 3, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO TAIPING, PERAK

Pada hari Sabtu iaitu 16 Mei 2009, Prasekolah Didik Ku Sayang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Taiping, Perak. Lawatan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pihak murid dan juga ibubapa. Kurang lebih 80 orang peserta yang telah menyertai lawatan ini.





Perjalanan dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan tiba di Zoo Taiping pada pukul 12.00 tengahari. Setelah semua murid puas meneroka serta mempelajari tentang kehidupan fauna, semua peserta bertolak ke Taman Tasik Taiping untuk berkelah sambil menjamu selera dan menikmati keindahan flora serta pemandangan yang mengasyikkan. Perjalanan pulang bermula pada pukul 4.00 petang dan selamat sampai ke perkarangan Sekolah Kebangsaan Arau, Perlis pada pukul 9.00 malam.






Lawatan ini dilihat sangat berjaya kerana berjaya mengembangkan lagi pengalaman sedia ada murid serta memberikan mereka suatu pengalaman baru yang sukar dilupakan. Murid-murid juga sekaligus belajar untuk mengenali dunia luar selain kawasan rumah dan persekitaran sekolah sahaja. Ini membolehkan mereka untuk lebih bersikap berdikari dan mempunyai rasa yakin diri yang positif.






Kanak-kanak juga seronok meneroka dunia flora dan fauna yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Walaupun letih dengan telatah dan karenah mereka tetapi objektif lawatan ini dilaksanakan telahpun tercapai dengan jayanya.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini, terutamanya pihak pentadbiran SK Arau, Tuan Haji Adanan, Guru Besar SK Arau, Cikgu Hashim selaku Penyelaras Prasekolah SK Arau, pihak JPN Perlis, khasnya Tuan Haji Saad, Encik Nizam, Unit Perhubungan, Unit Pentadbiran, guru-guru prasekolah, PPM, orang-orang perseorangan dan sesiapa sahaja yang terlibat. Segala jasa baik Tuan/Puan amatlah dihargai. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Terima Kasih......