PRASEKOLAH DIDIK KU SAYANG

PRASEKOLAH DIDIK KU SAYANG

Saturday, December 24, 2011

Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama

Tazkirah Oleh: tazkirah

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
  4. Keputusan (English):
The Ruling On Muslim Wishing and Greeting On Non Muslim Religious Festival

Decision:

The 78th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 12th June 2007 has discussed on the ruling on Muslims wishing and greeting on non Muslim religious festivals. The Committee has decided that:

1. Any Muslim practice or behaviour with respect to non-Muslim festivals and celebrations that involve the questions of aqida or conviction such as acknowledging other religion or believing that all religions are same, are prohibited in Islam

2. However, if the stated practice or behaviour is done on the basis of societal or social relationship between Muslims and non-Muslims for the purpose of harmony is permitted in Islam

3. To give congratulatory and good wishers or to send greetings using cards or telecommunication devices such as e-mails, short messaging system (sms) or etc to non Muslims during their religious festivals is permissible, on the condition that the greetings do not recognise, praise, glorify the religion of non-Muslims and also do not use any of their religious symbols in the greetings sent.
"

Tuesday, June 29, 2010

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH KPM SESI 2011

Dimaklumkan bahawa pendaftaran murid prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tahun 2011 telah dibuka mulai 1 Julai 2010. Oleh itu, ibubapa yang ingin mendaftar anak-anak yang berusia 5-6 tahun di Prasekolah Didik Ku Sayang, diminta datang ke pejabat SK Arau untuk mendapatkan borang pendaftaran dengan segera. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 31 Oktober 2010.

Seramai 50 orang murid akan dipilih mengikut kriteria pemilihan tertentu bagi mengisi kekosongan kedua-dua kelas prasekolah SK Arau iaitu Prasekolah Didik Ku Sayang 1 & Prasekolah Didik Ku Sayang 2. Murid-murid yang terpilih akan menerima surat tawaran masuk mulai 1 Disember 201o.

Sila bawa bersama dokumen2 berikut:
1. Sijil Lahir atau Surat Pengangkatan asal dan salinan
2. Salinan Sijil Nikah ibubapa
3. Salinan Kad pengenalan ibubapa/penjaga
4. Salinan rekod kesihatan perkembangan kanak-kanak
5. Borang butir diri yang telah lengkap diisi(disertakan)
6. Gambar ukuran pasport (4 keping). Sila tulis nama dibelakang gambar
7. Bil air/elektrik (1 bulan terkini) atau Surat Pengesahan Ketua Kampung

SUKANEKA PRASEKOLAH


Sukaneka Prasekolah telah diadakan pada hari berlangsungnya Sukan Sekolah Arau iaitu pada 3 Jun 2010. Semua murid yang hadir turut serta dalam pertandingan yang dijalankan. pelbagai acara dilangsungkan seperti Lari 50m, Tiup Belon, Cari Gula-gula dalam Tepung, Kasut Terompah& Jalan Beriringan. Semua murid sangat gembira pada hari berkenaan. Kalah menang adat pertandingan tetapi bagi murid prasekolah....semua adalah pemenang! Tahniah

Wednesday, November 25, 2009

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR, JAMUAN AKHIR TAHUN 2009 & KONVOKESYEN PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERLIS

12 November 2009, telah berlangsungnya majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Arau, 3 orang murid bagi setiap kelas Prasekolah telah terpilih menerima anugerah khas iaitu Anugerah Cemerlang Keseluruhan, Anugerah Cemerlang Akademik & Anugerah Sahsiah Terpuji. Selain itu, semua murid Prasekolah Didik Ku Sayang juga menerima mengiktirafan dan menerima sijil dan hadiah pada hari berkenaan. Tahniah diucapkan kepada semua....

Pada 17 November 2009, majlis Jamuan Akhir Tahun 2009 Prasekolah Didik Ku Sayang telah berlangsung dengan meriahnya dan dirasmikan oleh Encik Zainuddin B. Ahmad, Ketua Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Turut dimeriahkan dengan kehadiran Encik Nizam B. Ali, Penyelaras Unit Prasekolah JPN.

Persembahan murid yang bertemakan "Adat Persandingan Melayu" dan beberapa lagi persembahan murid secara beramai-ramai telah memeriahkan suasana pada pagi tersebut. Bakat terpendam murid-murid telah dapat dicungkil dan dikembangkan agar tertanam sikap yakin diri dalam diri setiap murid. Terima kasih atas pertolongan semua pihak yang terlibat...

18 November 2009, telah berlangsung satu majlis Konvokesyen Prasekolah Peringkat Negeri Perlis bagi tahun 2009. Majlis telah diadakan di Dewan 2020 dan dirasmikan oleh Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis sendiri. Semua murid telah mendapat pengiktirafan dan dianugerahkan sijil pada hari berkenaan. SK Arau telah terpilih sebagai AJK Keselamatan & Kebajikan pada hari tersebut, dengan berkat usaha Tuan Haji Adanan B. Long, Guru Besar SK Arau, majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar dengan adanya bantuan dari pihak Polis Trafik, PBSM, RELA dan pihak-pihak lain yang terlibat secara tidak langsung. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang banyak membantu...

Monday, September 14, 2009

KEJAYAAN DI KARNIVAL PRASEKOLAH KAWASAN PARLIMEN ARAU, PERLIS 2009








Pada 25 Julai 2009 telah selamat berlangsung acara gilang-gemilang iaitu Karnival Prasekolah Kawasan Parliman Arau di Sekolah Kebangsaan Arau. Acara bermula pada pukul 7.40 am dan berakhir kira-kira pukul 1.oo pm.
Pelbagai acara dipertandingkan seperti Nyanyian dan Gerakan, Bacaan Teks, Bercerita, Mewarna, Hafazan dan Deklamasi Puisi. Para pelajar Didikku Sayang Sk Arau telah mengambil bahagian dalam beberapa acara seperti Nyanyian dan Gerakan, Mewarna dan Bacaan Teks.








Murid-murid telah berjaya membolot tempat ke-2 dalam acara Nyanyian dan Gerakan, dan mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan mewarna. Semua murid begitu gembira dan bersemangat dalam setiap pertandingan yang disertai. Namun, kalah dan menang adat pertandingan.
Semoga dengan pendedahan murid dalam Karnival ini dapat meningkatkan lagi rasa yakin diri dan mengembangkan lagi bakat-bakat murid yang terpendam selama ini. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan majlis ini adalah amat dihargai.

Friday, July 17, 2009

PERSEDIAAN UNTUK KARNIVAL PRASEKOLAH KAWASAN PARLIMEN ARAU NEGERI PERLIS 2009

25 Julai 2009 (Sabtu), JPNP akan mengadakan karnival prasekolah ini di Dewan SK Arau. murid-murid prasekolah sangat berminat untuk menyertai pertandingan yang disediakan seperti Nyanyian dan Gerakan, Pertandingan Bercerita, Deklamasi Puisi/Sajak, Hafazan, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Bacaan Teks/petikan....InsyaAllah prasekolah Didik Ku Sayang akan cuba berlatih bersungguh-sungguh untuk turut sama menyertai pertandingan tersebut...Doa dan sokongan daripada semua amat diharapkan....





Guru-guru dan PPM telah bertungkus lumus untuk membuat persediaan awal bagi menyertai pertandingan ini....Kalah menang adat pertandingan...yang penting murid-murid dapat merasai pengalaman membuat persembahan di khalayak ramai dan menanam perasaan yakin diri dan semangat untuk berjaya......Itu matlamat utama kami......

Pembaca blog boleh memberi sebarang pendapat berkaitan penyertaan dalam pertandingan ini.....sebarang tunjuk ajar atau pertolongan amatlah dihargai.....Terima kasih kepada semua yang turut sama bersusah payah membantu membuat persiapan sehingga menjelang hari pertandingan....

Friday, June 5, 2009

KENANGAN PRASEKOLAH DIDIK KU SAYANG 1 TAHUN 2008

Berdiri Dari Kiri :
Fitri, Thawat, Khalid, Maizatul, Fadzliana, Che, Aina, Linda, Nasril, Hafis, Aiman.
Duduk Dari Kiri :
Putri, Charen, Shajiri, Anas, Syafikah
PPM : Cik Yusnizazura
Guru : Puan Farzana Majidah