PRASEKOLAH DIDIK KU SAYANG

PRASEKOLAH DIDIK KU SAYANG

Wednesday, November 25, 2009

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR, JAMUAN AKHIR TAHUN 2009 & KONVOKESYEN PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERLIS

12 November 2009, telah berlangsungnya majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Arau, 3 orang murid bagi setiap kelas Prasekolah telah terpilih menerima anugerah khas iaitu Anugerah Cemerlang Keseluruhan, Anugerah Cemerlang Akademik & Anugerah Sahsiah Terpuji. Selain itu, semua murid Prasekolah Didik Ku Sayang juga menerima mengiktirafan dan menerima sijil dan hadiah pada hari berkenaan. Tahniah diucapkan kepada semua....

Pada 17 November 2009, majlis Jamuan Akhir Tahun 2009 Prasekolah Didik Ku Sayang telah berlangsung dengan meriahnya dan dirasmikan oleh Encik Zainuddin B. Ahmad, Ketua Unit Prasekolah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Turut dimeriahkan dengan kehadiran Encik Nizam B. Ali, Penyelaras Unit Prasekolah JPN.

Persembahan murid yang bertemakan "Adat Persandingan Melayu" dan beberapa lagi persembahan murid secara beramai-ramai telah memeriahkan suasana pada pagi tersebut. Bakat terpendam murid-murid telah dapat dicungkil dan dikembangkan agar tertanam sikap yakin diri dalam diri setiap murid. Terima kasih atas pertolongan semua pihak yang terlibat...

18 November 2009, telah berlangsung satu majlis Konvokesyen Prasekolah Peringkat Negeri Perlis bagi tahun 2009. Majlis telah diadakan di Dewan 2020 dan dirasmikan oleh Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Perlis sendiri. Semua murid telah mendapat pengiktirafan dan dianugerahkan sijil pada hari berkenaan. SK Arau telah terpilih sebagai AJK Keselamatan & Kebajikan pada hari tersebut, dengan berkat usaha Tuan Haji Adanan B. Long, Guru Besar SK Arau, majlis pada hari tersebut berjalan dengan lancar dengan adanya bantuan dari pihak Polis Trafik, PBSM, RELA dan pihak-pihak lain yang terlibat secara tidak langsung. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang banyak membantu...

No comments:

Post a Comment